hello! man hunak? haha.. maksud dy " siapa di sana? ".
semenjak dua menjak ni, perbualan semua dah jadi macam pak arab. mentang2 baru je abes belaja Bahasa Arab dekat universiti ni. ada macam orang yang puyus tak? xD
sebenarnya, saya nak cuba-cuba bergiat aktif dalam buat blog ni. actually, apa function blog ni? cuba kowang bagitau dekat saya. ada yang kat sini tempat kita meluahkan perasaan, kat sinilah kita nak BERGOSIP, kat sinilah kita nak berPOTPET. macam2. pening..!
bagi saya, saya lebih suka buat blog ni supaya kowang semua boleh share cerita dengan saya. walaupun saya rasa, saya yang akan bercerita dekat kowang semua. yeah~~
kita stat dengan biodata diri boleh. ces, macam budak sekolah rendah nak perkenalkan diri pula.
NAMA
mak ngn ayah bagi nama Khairul Aswad. bila campur dengan nama ayah, dia akan jadi KHAIRUL ASWAD B KHAIRUL ANUAR. nama glamour saya, ASWAD. ada sesetengah orang panggil saya KHAIRUL. kalau budak2 kecik dalam family saya, dowang panggil saya ABANG CUAT. even, sepupu yang sebaya pn panggil gtu. adeyh2..
mak, opah, makcik, pkcik panggil saya ABANG. so, kamu semua jangan nak meroyan panggil saya dengan mana2 panggilan kecuali KHAIRUL dan ASWAD sahaja, okey???
ASAL
ni macam complicated sikit. saya lahir dekat KUALA KANGSAR, PERAK. bandar diraja tuh. jangan men2. duduk sana dalam 44 hari aje, lepas tu kene export pergi GOMBAK, SELANGOR pulak. dok pulak dekat sana selama beberapa tahun. actually, dekat situ da jadi rumah tetap saya.
so, sape2 yang teringin nk menjenguk rumah bakal suami mithali ni, meh datang sana yer. .
TARIKH & TEMPAT LAHIR
mak saya cakap, saya yang paling senang sekali nak keluar time dy bersalin dulu. sebab tarikh ong kot ( ishk2, khurafat nie..;p ) saya lahir pada 07/07/1991 dan ini bermakna saya berumur 19 tahun ( waktu saya tulis ni yer... ) kalau ikut surat beranak saya, tempat lahir saya dekat HOSPITAL BESAR KUALA KANGSAR.
tapi ble saya pergi melawat, takdelah besar pun. pelik2 jer nama dy. jadi, IC saya -08- yer.. kejo yop kejo..!!
ALAMAT
haa, yang ni macam complicated sikit sebab bila saya bagitahu ni, mula lah ada orang akan assume yang saya ni kerabat diraja la, anak zeti aziz la, anak datuk la, anak supermodel la. saya sebenarnya ada banyak rumah. yang utama of coz dekat GOMBAK. kemudian, ada juga umah dekat SUBANG. dekat KUANTAN pun ada. even dekat JENGKA pun ada juga. yang dekat KUALA KANGSAR pun boleh kata rumah saya juga. so, pandai2 la yer.
kalo kowang datang rumah dekat gombak tu, then saya takde, cuba la cari dekat tempat2 yang berkenaan ye..~
PENDIDIKAN
yang ni pun boleh buat kowang pening lalat macam baru kne hempuk dengan raket tenis je. nak senang cte, saya buat dalam bentuk yang kowang senang paham la yer.. tgk bawah ni..
tadika - Tadika PASTI Al-Firdaus, SUBANG, SHAH ALAM.
drjh 1 - SK TUDM Subang, SUBANG, SHAH ALAM.
drjh 2 - SK Taman Koperasi Polis Fasa 2, KUALA LUMPUR
drjh3~4 - SK Sayong, KUALA KANGSAR, PERAK
drjh 5 - SK Seri Nilam, KUALA LUMPUR
drjh 6 - SK TUDM Subang, SUBANG, SHAH ALAM
form1~5 - SMK Seri Gombak, GOMBAK
universiti - Universiti Teknologi MARA, kampus JENGKA, PAHANG.
adeyh2. nomad tak? maklumlah, punggung ni tak berapa nak reti duk diam. asyik nak berjalan jer ni. so, skarang, saya tengah dalam proses nak abeh kan DIPLOMA IN BANKING saya yang mengambil masa 3 tahun. saya sebenarnya dapat UiTM Arau, Perlis. tapi diatas sebab2 yang TERTENTU, saya dapat dekat universiti ceruk utan kelapa sawit ni, JENGKA yang sentiasa indah..~
MAKANAN & MINUMAN FAVERET
saya warning kamu semua, saya mmg seorang yang KUAT MAKAN. so, kalau ada sape2 yang nak lawan dengan saya, dipersilakan. HAHA... kalau makanan, saya suka makan mende yang pedas2. and all type of sambal tumis will be listed as my favorite lauk. nyum2.. kalau ada sambal udang, YA ALLAH. gembiranya hati.
minuman lak, saya tak kisah sangat. kalau bagi air kosong pun saya ley bedal. tapi kalau air yang saya rasa macam mengarut2 and mcm bentuk dan rupa dy sangat pelik ( pd sudut mata lentik saya nie la ), conpem saya tak minum..mcm cincau..urh..
and makanan yg saya tak berapa nk gemar and tak beberapa nk ditelan, ada banyak. saya ialah seorang yang ALERGIC dgn SAYUR okey..hahahahaha.. PETAI kmpem saya elakkan. huh.
ada lagi ke yang saya nak cte? ok la kot setakat nie?? saya ada exam kejap lagi. and sekarang mata saya da mcam panda. sbb mengantuk ya amat. and i'll see u guys later okey..TATA..
waktu sekarang menunjukkan jam 5.12 AM pada tarikh 27 OKTOBER 2010...
No comments:
Post a Comment